Genggam Tangan Anak Biarlah Sampai Jadi Khalifah...:)

Thursday, June 30, 2011

Dilema ibu bekerjaya

                                                            

Bila bergelar ibu dan juga pekerja, kita akan dalam dilema dalam meletakkan anak-anak dan tanggungjwab di tempat kerja. Ibu yang bekerja tiada pilihan untuk melihat anak-anak mereka sentiasa berada di depan mata. Bagi pengalaman saya sendiri, sejak melahirkan anak yang pertama rasa bersyukur apabila mak sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga cucu pertama. Masuk anak yang kedua, ketiga dan keempat, saya tidak sampai hati melihat mak menjaga cucu. Takut ikut dari adik2 yg lain. So, saya cari inisiatif sendiri untuk membuat keputusan siapa yang akan menjaga mereka. Masa anak kedua, saya bekerja di Singapura dan mampu untuk mengambil pembantu rumah. Dah kata pembantu rumah, ada saja yang tak kena di mata saya. Anak ketiga saya tukar strategi, saya buka Pusat Asuhan Kanak-kanak bersama adik semata-mata memikirkan anak-anak yang sedang membesar. Saya juga pernah membuka tadika selama 2 tahun selepas adik saya membuat keputusan untuk berhenti membuat bisnes tadika.Namun nak hantar ke orang lain untuk menjaga anak-anak, saya masih tiada kekuatan. Saya masih bekerja pada masa itu dan saya juga mengajar tuisyen pada waktu malam memandangkan anak pertama saya sedang berada di darjah 3. Semata-mata ingin tahu apa yang anak saya belajar dan juga mengajar anak orang lain. Kiranya pada waktu itu, saya memang sungguh bertenaga. hehe. Bayangkan saya buat kerja lebih kurang 4 benda dalam satu masa. Itu semua kerana anak-anak. Diharap usaha saya akan di berkati Allah dan sehingga sekarang saya masih bekerja dengan kehadiran anak saya yang keempat. Anak-anak umpama jantung hati kita dan akan terus kekal begitu sehingga kita tua. Setiap ibu akan memastikan anak-anak dapat dididik sempurna. Saya mempunyai tips-tips untuk kita yang bekerja membahagikan masa dan mendisplinkan diri dalam proses pembesaran anak-anak kita. Nantikan cerita saya seterusnya.....:)

Monday, June 27, 2011

Bayi Genius Bayi Soleh

Baby genius adalah anugerah Allah bagi setiap yang bergelar ibu dan bapa. Bila mendapat baby baru, pelbagai perasaan ada di hati untuk menjadikan mereka sebaik-baik khalifah di dalam didikan kita. Cuma persoalan sama ada kita sebagai ibu bapa mempunyai ilmu atau tidak dalam membesarkan, mendidik dan memberikan kasih sayang hingga akhir hayat kita. Teringat kata2 Dr Fadhilah Kamsah dalam 21 cara mendidik anak cemerlang adalah ibu bapa tidak boleh sama sekali merasa putus asa dalam mendidik anak2 bermula dari mengandung sehinggalah mereka dewasa, berkahwin, ada cucu..ibu bapa perlu sentiasa berada di sisi anak2 dalam menasihati dan membimbing mereka tanpa jemu. Begitu sekali pengorbanan ibu bapa, jika ibu bapa lemah, anak bagaimana??.jangan kata masa baby mula menangis atau tidak tidur malam, ibu bapa sudah mula mengeluh. Terkenang semasa pengalaman sendiri membelai anak pertama, Aisyah semasa sakit memang tak boleh lena dibuatnya. Baby yang genius akan lahir dari didikan yang sempurna dari ibu bapa yang berilmu dan mempunyai semangat yang kental. Pelbagai tips dan panduan semasa mengandung, melahirkan dan mendidik anak-anak sehingga dewasa akan saya kongsikan bersama semua. Sila ikuti post yang seterusnya....:)



Baby yang tahu bersyukur hasil dari didikan ibu bapa yang sentiasa bersyukur kepada Allah..:)